Tuesday, January 17, 2012

Hidop Segan Mati Enggak Mau.

the smiths - how soon is now.

Penulisan kali ini adalah demi peringatan membetolkan diri sendiri, tiada maksud menyinggung perasaan orang laen atau provokasi terhadap mana-mana kaum lain di dunia ini n tiada kaitan pada mahluk lain dan tiada mahluk lain yang dicederakan sepanjang penceritaan.TQ.

Hari ni genap 3 bulan 5 hari aku sebagai manusia lelaki yang dah berkahwen, kadang-kadang aku masih xfhm ape yang aku carik dalam dunia yang semakin menjahil ni. Aku sepatotnye bersyukur dikurniakan seorang bini yang teramat aku sayang yang amat memahami selok belok kehidupan aku dan memberi aku ruang untuk berubah dari jahil ke bijaksana(ye, kebijaksanaan berfikir tanpa meng'corrupt'kan diri yang aku cari).

Dari segi kewangan Alhamdulillah aku ucapkan so far xde masalah sejak aku lahir ke dunia ni. Mak dan ayah tak putus-putus memberi khidmat yang x terhingga. Even mak aku yang saket xpernah putus mengingatkan aku tentang dunia dan akhirat. Aku ke yang xbersyukur? Dah tertutupker pintu taubat buat aku?? Ntahla, akupon masih lagi bingung sehingga ke hari ini. Bulan ni saja dah 3x aku solat taubat (untuk pengetahuan aku bukanlah 'serbanistas'  based on ayat diatas aku cume bertindak demi keselesaan diri sendiri - mau setel down sebab dah jadi laki orang). Tapi macam xnampak ape-ape perubahan.So far kewangan mmg menyebelahi aku sebab aku laki bini masih cukup makan.

Kat mane yang aku missed?!aku nak komplen pasal kerjaya aku.Dari segi kerjaya aku masih lagi stuck dengan company kecik yang dok menipu client-client diluar sane. Kadang-kadang rase macam makan duet haram, habes pon cepat even cukup makan pon. Dengan kes EPF aku baru dapat tahu diorg xbyr dari bulan 9 atau 10 2011 sampai ke hari ni, dengan sepanjang masa xde kerja boleh online sampai lebam. Pikir-pikir balik ape yang aku dapat kerja kat sini?idop makin gelap self development aku xnmpk walau sezarahpon.

Sebelum ni di company lamapon macam ni, masih xde perubahan. Waktu itu idop aku lagi gelap dok menapai di Tasik Shah Alam tanpa segan silu di ujung minggu dan ke Jalan Doraisamy melunas tensen menghabiskan duet menghadap lampu liplap dan bunyi stereo kuat yang menyebabkan esoknye xbley nak bgun pagi saket kepala.Tapi itu dulu,sekarang xde lagi insyaAllah, tiada lagi istilah menapai di bawah lampu liplap dalam kamus idop aku.Tapi segala nye masih xkena, kestabilan masih belom dicapai. Mungkinkah aku desperate sebagai lelaki yang dah berkahwen untuk kecapi kestabilan?! Aku agak masih ramai diluar sane yang masih paranoid tentang kestabilan hidop (mungkin ini mid-life crisis selepas dah kawen).

Pada aku tanpa kestabilan idop masih dibelenggu kegelapan buatan sendiri. Idop maken malap ditelan kesilapan sendiri. Ape yang aku merepek sekarangpon aku xtau. Ye, aku memang kepinginkan kestabilan, kestabilan yang aku maksudkan ialah at-least dar segi kerjaya aku x macam haram. Kestabilan yang aku maksudkan xdelah overrated seperti mahukan vios dugong(plg cikai) dan rumah double storey yang memang aku blom mampu seperti yang diinginkan mahluk melayu yang bergaji bawah 3k sebulan yang sememangnya racist dan xmampu menandingi masyarakat cina di Mesia yang rata-rata nye idop lengkap insurance ke anak cucu + kereta buatan luar  + dah mempunyai property di usia muda. No offense, this is dem true reality.

Jumaat lepas, aku baru je di interview demi melompat ke arah kestabilan, macam haram ade test, dan aku yang banyak masa xstudy ape yang ditestkan kepada aku waktu tu. Ya, namun begitu interview amat lancar disebabkan company itu perlukan orang.Adakah ini rezki?! ya sudah pasti.Tapi sehingga ke hari ni masih blom ade call pasal result die.Cume semalam ade sms dari interviewer pasal 'application still in processing, wait till end of this week'. Tggu ajelah...Aku xnak hidop dalam gelap lagi. Selagi aku disini terlalu banyak masa terluang selagi itulah otak memproses ke'evil'an dlm diri sendiri. Ya Allah, tolong daku yang jahil dan x beriman ni melompat kearah kestabilan dan kuar dari ke'evil'an ciptaan sendiri.

Sekian saja nukilan bingkisan hati yang tahpape. Ingatlah, depresi mengajar kite untuk bangun memberontak tetapi sebelum sampai ke phase memberontak depresi juga boleh mencampakkan kite ke arah kegelapan ciptaan tangan kite sendiri. The choice is in our hands but fate kite xmungkin bley lawan. Mungkin ini Karma atas dosa-dosa hitam yang lepas(instict kuat).










Thursday, January 5, 2012

Trafik Lancar Selepas Susur Cheras.boohoo!



semalam waktu aku balik kerja, macam biasa gua rider jer demi menjimat kan wang dan masa.tau2la kl ni dah terlalu banyak kereta.nak loan pon senang.gaji 8 ratos sebulan pon blh tipu2 agen siap tlg bagi lulus lagi bli kereta kelepuk kuar myvi sebijik.so aku dah fedup pasal bende2 jem road nie.yang kelakar nye ade electronic nyer signboard kat federal,memang tiap2 kali balik mesti nampak punyerlah bertulisan "Trafik Lancar Selepas Susur Cheras".konon nak bagi orang lega.pundekla..

pale hotak die,hari2pon jem dari subang nak ke kl,paling teruk kat pj hilton lagi xbergerak langsung,agak2 bape lame nak smpi susur cheras sblh midvalley tu kalau drive?estimated time paling cepat 1jam,paling lewat 2jam lah korang stuck kat situ.giler hape dol.xmunasabah langsung.buang mase buang minyak buang letih macam tujer.

lebih baek naik moto slow2 bawak pon dr sunway jambatan pulau pinang tu lebey kurang 15 minit sampai la kat sebelah midvalley tuh.tu dah abeh slow dah tu.org mesia nie blagak sombong.sume nak berkereta.xtau saket hutang loan 10 tahun tu menyiksakanzahir dan batin.bak kate omputeh ridiculous man!haha.laenlah pompuan,demi keselematan.

dengan berbekal kan motosikal perjalanan balik ke cheras mengambil masa hanya setengah jam.sgt jimat masa tenaga dan wang ringgit.boleh smpi solat asar mandi2 layan slot drama bani melayu kat tv3 yang pukul 7 tu.kalau dah kawen blh gi bli barang2 tok bini masak sementara dok tggu die blk disebabkan jem tu.

hari2 gua lalu jalan nie.dengan motosikal jer.kalau ujan cume sediakan baju ujan still amek masa dlm 40 minit.apela salahnye jadi lelaki naek moto pi carik rezki.kalau ade public transport dr cheras yg xbuang mase mmg gua amek dah.amek pas bulanan lagi senang.dokjer dlm bas dgr mp3 player.mane2pon jem kat mesia nieh.xley wat ape dah.mmg xde akta untuk kuatkuasakan kongsi kenderaan lagi.

pity malaysian car driver pity mywife too(demi keselamatan die sbg pompuan kene drive).

p/s:penulisan hanya tok diri sendiri.


Wednesday, November 16, 2011

Comeback..

everything settle alhamdulillah, got to move on to next level..

Sunday, March 27, 2011

after dawn.....



dance to the muun~

world invasion + Songs for Japan??


worst..disaster..destruction...

Friday, March 18, 2011